Tuesday, February 27, 2007

profile of my team

 

   

NAMA: MOHD FAHEMI BIN ARPAH

NO. MATRIK: A 112511

NO. I/C : 860718-23-6187

 

NAMA:SHAHIRAH BT ABU HASAN

NO.MATRIK: A112708

NO. I/C: 860909-46-5214

 

NAMA: ROSLINDA BT ROSLAN

NO. MATRIK:A112395

NO.I/C: 860612-02-5058

 

NAMA: SITI FAIRUZ BT SAIDON

NO.MATRIK: A111955

NO.I/C: 860210-09-5096

 

NAMA: TAI SIEW HUA

NO.MATRIK: A115391

NO. I/C: 870214-01-5048

 

 

emosi


Definisi emosi:
Kombinasi perasaan dan mood yang melibatkan reaksi psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corakkan yang tertentu.


Dalam perkembangan kanak-kanak, selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran, perasaan dan tingkahlaku juga penting.


Tingkahlaku emosi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu:-


Faktor luaran : Kanak-kanak menunjukan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, masam muka, tidak berkata dan sebagainya.


Faktor dalaman : Ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.


Emosi adalah penggerakan kepada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan cara-cara yang paling mudah untuk kanak-kanak meluarkan fikiran dan perasaan.


Emosi tergolong dalam perkembangan seseorang individu. Antara:


2 tahun :


Ø Mahu berdikari
Ø Selalu tidak mahu bekerjasama
Ø Patuh
Ø Kadang-kadang memberontak atau melawan Kadang- kadang marah dengan tiba-
tiba


3 tahun:


Ø Bekerjasama
Ø Sifat menyayangi
Ø Peramah atau suka bercakap
Ø Mudah dipengaruhi
Ø Mengambil atau tiru tabiat atau mood orang dewasa
Ø Cepat marahMempunyai perasaan malu


4 tahun :


Ø Yakin dan terjamin
Ø Menunjukkan ketabahan atau ketekunan dan sedikit kawal perasaan dan
mengambil perangai ibu bapa atau orang yang paling rapat


5 tahun :


Ø Mempunyai keyakinan diri
Ø Bercakap besar
Ø Menunjuk-nunjuk
Ø Suka mengancam tapi menunjukksn sikap kemesraan
Ø Menunjukkan keinginan untuk mengatasi dan boleh jadi tabah atau tekun dalam
mempelajari kemahiran baruMenunjukkan boleh mengawal perasaan


6 tahun :


Ø Menjadi tidak stabil berbanding semasa umur 5 tahun
Ø Agresif
Ø Memberontak dan melawan
Ø Boleh menyanyi
Ø Peramah boleh berkerjasama mendapat kekecewaan dan gagal yang sukar untuk terimaBersemangat dalam melakukan sesuatu perkara


fizikal




kanak-kanak lelaki lebih cepat tinggi dan berat berbanding kanak-kanak perempuan.



Pada peringkat 3 – 6 tahun membesar dengan cepat, tetapi perlahan berbanding dengan peringkat bayi.



Badan kanak-kanak lebih lampai dan kurang montel,walaupun kepala masih nampak lebih besar daripada badan.



Kanak-kanak lelaki = lebih tinggi dan berat



Kanak-kanak perempuan = lebih banyak tisu lemak






























































umur ( tahun )



berat ( kg )



tinggi ( cm )



saiz otak



2



> 13 <



> 82 <





90% daripada saiz dewasa



3



> 15 <



> 90 <



4



> 18 <



> 100 <



5



> 19.5 <



> 107 <



6



>20 <



> 107



hampir kepada saiz orang dewasa





Gigi







  • 3 tahun = mula tumbuh sepenuhnya ( gigi susu ).




  • 6 tahun = gigi kekal tumbuh.




Corak tidur







  • Lebih banyak tidur pada malam hari.




  • Mungkin mengabil masa untuk tidur kerana banyak aktiviti rutin seperti bermain, berlari dan melompat.




  • Kanak-kanak juga mengalami gangguan tidur seperti terlalu letih bermain


  • dan menonton cerita seram atau yang terlalu menyeronokkan.


Kesihatan







  • Pada usia 3 – 10 tahun kanak-kanak kurang mempunyai sistem ketahanan badan yang lengkap.




  • Senang mendapat penyakit lelah, batuk, selsema dan penyakit jantung yang boleh menghalang perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut.




  • Kanak-kanak perlu makanan seimbang seperti protien dan vitamin.




  • Keadaan ini membolehkan kanak-kanak itu membina tubuh yang sihat dan kuat supaya mencegah daripada penyakit.




kognitif




  • Kelebihan untuk menerima ,memproses, menyimpan dan mengeluarkan maklumat tersebut dan mengunakannya.


  • Ahli teori yang terkenal dalam perkembangan kognitif adalah Jean Piaget.


  • Piaget telah membina Teori Perkembangan Kognitif hasil daripada pemerhatian yang dilakukan ke atas perkembangan anaknya.


  • Teori mencadangkan bahawa individu perlu melalui pelbagai tahap perkembangan kognitif dan permikiran bagi memperkembangkan kebolehannya.




  • Piaget menyatakan bahawa setiap orang mempelajari cara untuk berfikir dengan cara yang sama mengikut tahap perkembangan kognitif :


  • Kanak-kanak = berfikir secara asas dan konkrit.


  • Dewasa = berfikir secara kompleks dan abstrak.




  • Setiap tahap perkembangan kognitif mempunyai konsep / prinsip atau cara dimana seseorang akan berfikir.




  • Skema :


  • Cara seseorang berfikir, menyusun idea dan konsep berdasarkan tahap perkembangan kognitif.


  • Semakin tinggi tahap perkembangan kognitif, semakin abstrak pemikiran individu berkenaan.


  • Piaget mencadangkan bahawa semua orang akan melalui tahap kognitif yang sama dalam turutan yang sama.


  • Perkembangan kognitif ini berterusan dan tidak berkembagan secara tiba-tiba. Setiap tahap perkembangan merupakan asas bagi perkembangan kognitif yang akan datang.




  • Adaptasi ialah kelebihan untuk menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran di sekeliling. Keadaan di sekeliling terdiri daripada 2 proses iaitu asimilasi dan akomodasi.


  • Asimilasi ialah proses mendapatkan maklumat baru dan mengabungkan. Manakala akomodasi pula menuju kepada proses kanak-kanak menukarkan persepsi dan tingkahlaku mereka bagi mengunakan tahap kognitif yang tinggi dan abstrak.


  • Kanak-kanak akan menyesuaikan dirinya dengan skema yang wujud. Mereka akan mengunakannya bagi menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.



  • Piaget telah membina Teori Perkembangan Kognitif yang terdiri daripada 4 peringkat iaitu :


  1. Tahap Sensorimotor ( 0 – 2 tahun )


  2. Tahap Praoperasi ( 2 – 7 tahun )


  3. Tahap Konkrit ( 7 – 11/12 tahun )


  4. Tahap Formal ( 11/12 – 16 tahun )



Pendahuluan

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak bermula dari lahir sehingga akil baligh. Zaman kanak-kanak awal adalah di antara 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mengalami satu proses pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi fizikal, kognitif dan sosio-emosi.

Peringkat ini merupakan satu peringkat yang penting bagi kanak-kanak. Hai ini demikian kerana pada peringkat ini berlaku persediaan untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Proses ini berlaku untuk peringkat yang lain juga. Kanak-kanak perempuan lebih cepat memperolehi kemahiran berbanting kanak-kanak lelaki. Terdapat banyak teori dari tokoh psikologi mengenai zaman kanak-kanak ini seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Psikososial Erik Erikson, Teori Sigmund Freud.

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada individu. Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain. Perubahan tersebut misalnya dari segi berat, besar dan tinggi badan seseorang. Pertumbuhan yang dianggap sebagai suatu proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku di dalam diri seseorang individu dalam proses menuju kematangan. Dalam kehadapan seseorang, terdapat perubahan progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.