Tuesday, February 27, 2007

emosi


Definisi emosi:
Kombinasi perasaan dan mood yang melibatkan reaksi psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corakkan yang tertentu.


Dalam perkembangan kanak-kanak, selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran, perasaan dan tingkahlaku juga penting.


Tingkahlaku emosi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu:-


Faktor luaran : Kanak-kanak menunjukan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, masam muka, tidak berkata dan sebagainya.


Faktor dalaman : Ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.


Emosi adalah penggerakan kepada tingkahlaku kanak-kanak dan merupakan cara-cara yang paling mudah untuk kanak-kanak meluarkan fikiran dan perasaan.


Emosi tergolong dalam perkembangan seseorang individu. Antara:


2 tahun :


Ø Mahu berdikari
Ø Selalu tidak mahu bekerjasama
Ø Patuh
Ø Kadang-kadang memberontak atau melawan Kadang- kadang marah dengan tiba-
tiba


3 tahun:


Ø Bekerjasama
Ø Sifat menyayangi
Ø Peramah atau suka bercakap
Ø Mudah dipengaruhi
Ø Mengambil atau tiru tabiat atau mood orang dewasa
Ø Cepat marahMempunyai perasaan malu


4 tahun :


Ø Yakin dan terjamin
Ø Menunjukkan ketabahan atau ketekunan dan sedikit kawal perasaan dan
mengambil perangai ibu bapa atau orang yang paling rapat


5 tahun :


Ø Mempunyai keyakinan diri
Ø Bercakap besar
Ø Menunjuk-nunjuk
Ø Suka mengancam tapi menunjukksn sikap kemesraan
Ø Menunjukkan keinginan untuk mengatasi dan boleh jadi tabah atau tekun dalam
mempelajari kemahiran baruMenunjukkan boleh mengawal perasaan


6 tahun :


Ø Menjadi tidak stabil berbanding semasa umur 5 tahun
Ø Agresif
Ø Memberontak dan melawan
Ø Boleh menyanyi
Ø Peramah boleh berkerjasama mendapat kekecewaan dan gagal yang sukar untuk terimaBersemangat dalam melakukan sesuatu perkara


1 comment:

Blog27999 said...

As stated by Stanford Medical, It's indeed the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh on average 19 kilos lighter than us.

(And actually, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

P.S, I said "HOW", and not "WHAT"...

Click on this link to discover if this easy test can help you find out your real weight loss possibilities