Friday, March 9, 2007

Rujukan

Mohd Salleh Lebar. 1994. Asas psikologi perkembangan.Utusan publications and distributors Sdn. Bhd.

Catherine Lee. The growth and development of children. Edisi ke-3. London. Longman.

Bentzen, W. R. Seeing young children: A guide to observing and recording behavior. Ed. ke-5. New York: state university.

Ma’rof & Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi. Universiti Putra Malaysia.

kelakuan sosial



Kemahiran dan perkembangan motor.
Kemahiran motor kasar ialah kemahiran fizikal yang melihat otot-oto yang besar seperti berlari, melompat, berjalan dan memanjat.Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot yang kecil. Contohnya melukis, mewarna, mengikat tali kasut dan membutangkan.


2 tahun :




  • Berlari dengan lebih yakin

  • Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki semasa naik tangga

  • Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila berusaha untuk lompat bangun dan duduk.

  • Bileh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan.

  • Boleh panjat kerusi dan duduk

  • Boleh zip atau butang yang besar.

  • Boleh tutup dan buka pintu.Boleh gerakkan barang-barang seperti barang mainan ke hadapan dengan menggunakan kaki.


3 tahun :




  • Sudah pandai dalam membuang air besar.

  • Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik tangga.

  • Boleh sepak bola yang besar.

  • Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara.

  • Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi.

  • Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar

  • Boleh membuka buku .

  • Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga

  • Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari.

  • melukis bulatan penuh.

  • Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.

  • Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai.

  • Boleh membezakan jenis jantina.


4 tahun :




  • Boleh berjalan dengan lurus.

  • Boleh panjat pokok dan bermain di taman permainan

  • Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5-6 inci dengan kedua-dua belah kaki.

  • Boleh berlari, berhenti atau bergerak tanpa kasukaran.

  • Boleh membaling bola .


5 tahun :




  • Boleh berjalan ke belakang guna tumit ke hujung jari kaki.

  • Boleh berjalan turun dan naik tangga tanpa pertolongan

  • Boleh pegang hujung jari kaki tanpa membengkokkan lutut

  • Boleh belajar meloncat(skip) dengan menggunakan kaki yang lain(ganti-ganti)

  • Boleh menangkap bola yang di baling dari jarak 3 kaki

  • Menunjukkan kemahiran menunggang basikal roda tiga. Tunggang dengan kelajuan dan dengan kemahiran menggunakan stereng

  • Boleh mngimbangkan badan dengan menggunakan salah satu kaki dengan kawalan yang baik selama 10 saat.

  • Menunjukkan kawalan yang baik menggunakan pensel atau marker, mungkin mula warna garisan.

  • Boleh gunting garisan walaupun tidak sempurna.


6-7 tahun :




  • Boleh mengikat tali kasut

  • Boleh menulis sesuatu huruf atau nombor

  • Boleh mengenal pasti kategori sesuatu objek

  • Makan sendiri tanpa bantuan orang lain

  • Boleh menggelecek bola dalam permainan bola sepak

KESIMPULAN


  • Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak amat penting dalam proses penbesaran mereka. Pada tahap ini kanak-kanak membesar dengan pesat.
  • Ibu baopa atau oaring dewasa haruslah memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan kanak-kanak seperti keperluan asas, kasih sayang, kebajikan dan memberi kata semangat atau keyakinan kepada kanak-kanak untuk peringkat yang seterusnya.
  • Kata-kata dorongan dan pujian haruslah diberikan kepada kanak-kanak ini sebagai inisiatif terhadap pembangunan diri mereka.
  • Kanak-kanak awal ibarat kain putih, ibu bapalah menjadi pencorak kain tersebut. Bimbingan dan didikan yang betul akan mempengaruhi corak pemikaram kanak-kanak. Justeru itu, wajarlah kiranya kanak-kanak dibentuk berdasarkan kemampuan
  • intelektualnya. Jika kanak-kanak itu dibentuk dengan baik,maka kanak-kanak- itu akan menjadi insane yang mulia.