Tuesday, February 27, 2007

kognitif




  • Kelebihan untuk menerima ,memproses, menyimpan dan mengeluarkan maklumat tersebut dan mengunakannya.


  • Ahli teori yang terkenal dalam perkembangan kognitif adalah Jean Piaget.


  • Piaget telah membina Teori Perkembangan Kognitif hasil daripada pemerhatian yang dilakukan ke atas perkembangan anaknya.


  • Teori mencadangkan bahawa individu perlu melalui pelbagai tahap perkembangan kognitif dan permikiran bagi memperkembangkan kebolehannya.




  • Piaget menyatakan bahawa setiap orang mempelajari cara untuk berfikir dengan cara yang sama mengikut tahap perkembangan kognitif :


  • Kanak-kanak = berfikir secara asas dan konkrit.


  • Dewasa = berfikir secara kompleks dan abstrak.




  • Setiap tahap perkembangan kognitif mempunyai konsep / prinsip atau cara dimana seseorang akan berfikir.




  • Skema :


  • Cara seseorang berfikir, menyusun idea dan konsep berdasarkan tahap perkembangan kognitif.


  • Semakin tinggi tahap perkembangan kognitif, semakin abstrak pemikiran individu berkenaan.


  • Piaget mencadangkan bahawa semua orang akan melalui tahap kognitif yang sama dalam turutan yang sama.


  • Perkembangan kognitif ini berterusan dan tidak berkembagan secara tiba-tiba. Setiap tahap perkembangan merupakan asas bagi perkembangan kognitif yang akan datang.




  • Adaptasi ialah kelebihan untuk menyesuaikan diri kepada keadaan persekitaran di sekeliling. Keadaan di sekeliling terdiri daripada 2 proses iaitu asimilasi dan akomodasi.


  • Asimilasi ialah proses mendapatkan maklumat baru dan mengabungkan. Manakala akomodasi pula menuju kepada proses kanak-kanak menukarkan persepsi dan tingkahlaku mereka bagi mengunakan tahap kognitif yang tinggi dan abstrak.


  • Kanak-kanak akan menyesuaikan dirinya dengan skema yang wujud. Mereka akan mengunakannya bagi menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.



  • Piaget telah membina Teori Perkembangan Kognitif yang terdiri daripada 4 peringkat iaitu :


  1. Tahap Sensorimotor ( 0 – 2 tahun )


  2. Tahap Praoperasi ( 2 – 7 tahun )


  3. Tahap Konkrit ( 7 – 11/12 tahun )


  4. Tahap Formal ( 11/12 – 16 tahun )



No comments: