Friday, March 9, 2007

kelakuan sosial



Kemahiran dan perkembangan motor.
Kemahiran motor kasar ialah kemahiran fizikal yang melihat otot-oto yang besar seperti berlari, melompat, berjalan dan memanjat.Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan otot-otot yang kecil. Contohnya melukis, mewarna, mengikat tali kasut dan membutangkan.


2 tahun :




  • Berlari dengan lebih yakin

  • Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki semasa naik tangga

  • Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila berusaha untuk lompat bangun dan duduk.

  • Bileh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan.

  • Boleh panjat kerusi dan duduk

  • Boleh zip atau butang yang besar.

  • Boleh tutup dan buka pintu.Boleh gerakkan barang-barang seperti barang mainan ke hadapan dengan menggunakan kaki.


3 tahun :




  • Sudah pandai dalam membuang air besar.

  • Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik tangga.

  • Boleh sepak bola yang besar.

  • Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara.

  • Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi.

  • Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar

  • Boleh membuka buku .

  • Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga

  • Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari.

  • melukis bulatan penuh.

  • Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.

  • Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai.

  • Boleh membezakan jenis jantina.


4 tahun :




  • Boleh berjalan dengan lurus.

  • Boleh panjat pokok dan bermain di taman permainan

  • Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5-6 inci dengan kedua-dua belah kaki.

  • Boleh berlari, berhenti atau bergerak tanpa kasukaran.

  • Boleh membaling bola .


5 tahun :




  • Boleh berjalan ke belakang guna tumit ke hujung jari kaki.

  • Boleh berjalan turun dan naik tangga tanpa pertolongan

  • Boleh pegang hujung jari kaki tanpa membengkokkan lutut

  • Boleh belajar meloncat(skip) dengan menggunakan kaki yang lain(ganti-ganti)

  • Boleh menangkap bola yang di baling dari jarak 3 kaki

  • Menunjukkan kemahiran menunggang basikal roda tiga. Tunggang dengan kelajuan dan dengan kemahiran menggunakan stereng

  • Boleh mngimbangkan badan dengan menggunakan salah satu kaki dengan kawalan yang baik selama 10 saat.

  • Menunjukkan kawalan yang baik menggunakan pensel atau marker, mungkin mula warna garisan.

  • Boleh gunting garisan walaupun tidak sempurna.


6-7 tahun :




  • Boleh mengikat tali kasut

  • Boleh menulis sesuatu huruf atau nombor

  • Boleh mengenal pasti kategori sesuatu objek

  • Makan sendiri tanpa bantuan orang lain

  • Boleh menggelecek bola dalam permainan bola sepak

No comments: