Tuesday, February 27, 2007

Pendahuluan

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak bermula dari lahir sehingga akil baligh. Zaman kanak-kanak awal adalah di antara 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mengalami satu proses pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi fizikal, kognitif dan sosio-emosi.

Peringkat ini merupakan satu peringkat yang penting bagi kanak-kanak. Hai ini demikian kerana pada peringkat ini berlaku persediaan untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Proses ini berlaku untuk peringkat yang lain juga. Kanak-kanak perempuan lebih cepat memperolehi kemahiran berbanting kanak-kanak lelaki. Terdapat banyak teori dari tokoh psikologi mengenai zaman kanak-kanak ini seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Psikososial Erik Erikson, Teori Sigmund Freud.

Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada individu. Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat kepada satu peringkat yang lain. Perubahan tersebut misalnya dari segi berat, besar dan tinggi badan seseorang. Pertumbuhan yang dianggap sebagai suatu proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku di dalam diri seseorang individu dalam proses menuju kematangan. Dalam kehadapan seseorang, terdapat perubahan progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.

No comments: